Trending News

Blog Post

Siapa Yang Gerakkan Keju Saya? – Mana satu anda?
Book

Siapa Yang Gerakkan Keju Saya? – Mana satu anda? 

Siapa Yang Gerakkan Keju Saya? (Who Move My Cheese?)  Sebuah buku yang memberi impak kepada pembaca, termasuk saya!. Ramai tanya saya buku apa yang saya suka dan semestinya saya akan mencadangkan buku ini. Nipis dan mudah faham!. Buku hasil karya Dr. Spencer Johnson mendapat #1 Bestseller. Buku ini mempunyai edisi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

.

Terdapat 4 watak utama dalam cerita ini iaitu Sniff, Scurry, Hem dan Haw. Keempat watak ini adalah berbeza. Saya tidak mahu menceritakan sinopsis dalam buku ini, tetapi saya ingin mengupas kecara keseluruhan isi kandungan buku ini. Jom baca!


Kalau masih belum membaca buku ini, saya sarankan anda untuk membaca. Ok! bagi menghormati mereka yang belum membaca, saya sedikit pon tidak akan mengupas sinopsis cerita ini. Saya akan mengupas cerita ini, apa sebenarnya impak kepada kita, sebagai seorang manusia. Adakah kita kategori orang yang kuat mengeluh? atau hanya berserah pada Takdir? atau kita sejenis orang yang berusaha tanpa henti? 

.

Saya memperkenalkan terlebih dahulu setiap watak dan beberapa metafora yang ada dalam cerita ini. 

1. Keju (Cheese) – Keju adalah metafora kepada matlamat atau kemahuan kita dalam kehidupan. Ia merangkumi pekerjaan, perhubungan, kewangan, kesihatan dan banyak lagi. Selagi apa yang kita mahukan, itu lah KEJU!

2. Kawasan yang berliku (Maze) – Ini adalah perumpamaan kepada jalan atau halatuju apa yang kita mahukan. Sebagai contoh organisasi tempat kerja, tempat tinggal yang selesa dan banyak lagi.

3. Sniff dan Scurry (Si Tikus) – Mempunyai pemikiran yang positif, bersedia dengan apa jenis perubahan dalam kehidupan dan tidak mudah berputus asa.

4. Hem dan Haw (Si Tikus Mirip Manusia) – Tidak suka pada perubahan, terlalu selesa dengan kehidupan yang ada dan mudah berputus asa.

.

Bila kita mengalami sesuatu perubahan, adakah kita bersedia untuk menerima perubahan tersebut? atau adakah kita masih berfikir pada kesan positif dan negatif pada perubahan tersebut? Dalam cerita ini, si tikus tanpa membuang masa terus bertindak pada perubahan yang berlaku pada mereka, manakala manusia yang mirip tikus tadi terus pada kedudukan yang “selesa” mereka. Padahal mereka tahu bahawa kedudukan sekarang sangat bahaya dan akan memberi kesan pada perubahan mereka. Ketakutan sama yang mereka hadapi memberi impak kepada tindakan yang mereka lakukan. 

Sebenarnya ketakutan yang kita hadapai dan fikirkan tidaklah seteruk apa yang realiti berlaku. Ini semua pada permainan minda! Kita sangat takut pada kehilangan pekerjaan dan sangat selesa dengan pekerjaan sekarang, tapi hakikatnya peluang pekerjaan diluar sana sangat besar dan berpotensi kepada kita. Sama juga kepada pemilik bisnes yang selesa dengan bisnes yang ada, mereka rata rata takut untuk mencuba bisnes yang baru yang menjerumus kepada teknologi. Kebanyakkan pemilik bisnes mereka suka pada cara tradisional berbanding cara moden (teknologi). Mereka TAKUT!


Jika kita terlalu takut pada perubahan, maka kita akan PUPUS. Benarkah? baik saya bagi beberapa analogi yang semua orang tahu. Analogi pertama, syarikat gergasi Nokia yang dahulu terkenal dengan telefon Nokia tidak berani membuat perubahan teknologi telefon sentuh skrin dan terlalu selesa dengan sistem operasi mereka iaitu Symbian, telah mengakibatkan mereka tidak terus mendapat tempat di hati pelanggan. Analogi kedua, kita lihat sendiri dalam Malaysia iaitu Syarikat UTUSAN Berhad yang merupakan salah satu syarikat yang terdapat di papan Bursa Malaysia, mereka terpaksa gulung tikar kerana kegagalan mereka untuk mermartabatkan industri pencetakan dalam teknologi. Saya pernah berbual dengan salah satu wartawan UTUSAN, mereka mengakui bahawa UTUSAN sendiri tidak menaiktaraf infrastruktur dan beralih kepada teknologi. Persoalan saya, adakah kita takut pada perubahan?

Cuba bayangkan anda merupakan pengorak dan penggerak kepada sesuatu perubahan? Sudah tentu anda akan kehadapan dan meninggalkan ketakutan yang menghantui anda selama ini. Anda akan menikmati “keju” yang anda miliki sebelum orang lain menikmatinya. Ketakutan adalah punca utama untuk kita membuat perubahan. Saya bagi analogi, siapa sangka syarikat Grab yang berstatus Unicorn kini mereka merupakan pengerak utama kepada model bisnes “e hailing” di Asia! Mereka penyebab syarikat e hailing lain terbina antaranya myCar, EzCab, Taxi go dan banyak lagi. 

Akhir kata dari saya, setiap tindakan yang akan kita lakukan, kurangkan ketakutan yang ada dalam diri. Terutama yang ada di minda separa sedar kita. Kita memang tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan, tetapi kita boleh tentukan masa depan kita dengan baiknya. Apapun tindakan dan perkara yang akan berlaku, ianya tidak akan terjadi seteruk dengan apa yang kita fikirkan. 

smile

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *

WordPress Theme built by Shufflehound. © Copyright 2020, All Rights Reserved