Trending News

Blog Post

Perjalanan 1 :  Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi
Business, Experience, Pitching, Sharing

Perjalanan 1 : Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi 

Program Youth Co:Lab dibawah United Nations Development Programme (UNDP) dan City Foundation merupakan program untuk pitching idea inovasi syarikat permulaan secara peringkat awal. Program yang telah dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu Cyberjaya dan Miri Sarawak telah memberi impak yang sangat besar kepada peserta yang terpilih. Program ini juga merupakan program kerjasama MaGIC Malaysia. 

.

Pemilihan sebagai peserta bukan semudah mengisi borang biasa, peserta perlu memberikan idea berdasarkan The 17 sustainable development goals (SDGs) yang mana ia dapat memberi impak kepada masyarakat. Kalau hendak kupas apa itu SDGs, ianya terlalu banyak dan panjang lebar untuk dikupas (Mungkin akan dikupas juga). Jadi, artikel kali ini saya akan berkongsi apa berlaku sepanjang program ini berlangsung. 


Program yang berlangsung selama 3 hari ini memberi fokus kepada beberapa perkara yang penting dan perlu tahu sebagai syarikat permulaan peringkat awal (Startup – Early Stage) dimana hanya idea sahaja diperlukan dengan validasi berdasarkan SDGs. Di khabarkan seramai lebih kurang 30 penyertaan, dan hanya 9 penyertaan yang terpilih untuk program ini di Miri Sarawak dimana 8 orang adalah dari Sarawak dan 1 semenanjung (saya! :D).

Fokus utama program ini adalah validasi idea berdasarkan SDGs yang telah ditetapkan. Selain SDGs, ilmu yang dipelajari adalah Social Business Model Canvas (SBMC). SBMC adalah berbeza dengan Business Model Canvas (BMC). Ada beberapa blok yang ditambah, serta sangat detail untuk setiap blok. Saya akan menulis satu artikel khas berkenaan BMC dan SBMC, sabar ye. Peserta juga didedahkan cara untuk mengira revenue, cost dan impak kepada masyarakat berdasarkan idea inovasi tersebut. Pendek kata, program ini perfect. Oh Ya! pengajar kami semua yang super cool, amazing! mereka kebanyakkan dari ServisHero dan Fave. Mereka sangat berpengalaman! Terima kasih atas tunjuk ajar, ilmu yang dikongsi.  

.

Kami juga didatangi dengan seorang tetamu khas, seorang Startup yang berjaya dari Indonesia. Beliau berkongsi pengalaman beliau sehingga mendapat pelabur dari negara Eropah. Beliau juga sebenarnya dari program Co Lab! antara perkara menarik berkenaan beliau ialah :

1. Idea beliau ialah mencipta sebuah kotak magik yang dapat menyelesaikan masalah rumah sampah! Masalah ini bukan sahaja masalah yang berlaku di Indonesia, malah hampir semua negara berlaku. Kini beliau dapat menyelesaikan masalah global.

2. Beliau terpilih untuk Pitching di Geneva, Switzerland dan mendapat banyak pelabur dari pitching itu.

3. Bermula dengan bekerja sendiri, kini memiliki Startup sendiri.

4. Apa lagi ye, ttettttttttt! 

Beliau juga sempat Pitch depan kami menggunakan slide yang sama semasa di Geneva!. 

Modul terakhir adalah modul Pitching! Dan Ya! ini lah yang sangat ditunggu tunggu. Bermula dengan format yang perlu ada dalam Pitching sehingga cara nak Pitch. Sangat detail dan seronok. Saya akan menulis artikel secara detail apa yang perlu ada dalam Pitch Deck. Kami ada lebih kurang 1 jam sesi sahaja untuk pengenalan dan format Pitch. Kemudian kami diberi masa lebih kurang 1 jam untuk menyiapkan bahan berdasarkan format yang diberi. Setelah itu, bermulanya sesi Pitching kami. Kami diberi masa untuk Pitch tidak lebih pada 3 minit!. Bermula hari kedua sehingga hari ketiga iaitu sebelum kami Pitch dihadapan juri, kami diarahkan untuk berlatih dan mengemaskini slide berdasarkan komen dari pengajar kami. Sepenjang tempoh latihan, kami Pitch lebih kurang hampir 4 kali. Setiap kali kami Pitch pasti ada kena ubah slide. 

Hari terakhir kami, kami akan Pitch dihadapan juri yang berpengalaman. Mereka dari MAGiC, TEGAS Sarawak serta kami juga didatangi oleh Presiden UNDP sendiri dari Australia (Mungkin?). Peserta yang terbaik akan dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Pitching Co:Lab peringkat Asia. Penilaian berdasarkan pada impak kepada masyarakat berdasarkan SDGs, serta model bisnes yang akan meningkat revenue kepada syarikat. Tiga orang yang berjaya ialah Ishamuzen, Timogah dan #DemiLaut. 

Program ini juga mendapat liputan dari beberapa media antaranya Utusan, TV1 dan media Sarawak. Terima kasih atas liputan! Boleh lihat link dibawah :

1. https://www.utusanborneo.com.my/2019/12/09/belia-kaya-idea-inovasi-akan-dibantu (Utusan)

2. https://www.newsarawaktribune.com.my/miri-to-represent-msia-in-summit-next-year/ (News Sarawak)

3. https://dayakdaily.com/sarawak-govt-will-not-back-down-from-right-to-assert-sales-tax-on-petroleum-products/ (Dayak Daily)

4. https://www.youtube.com/watch?v=wkZvTRsY4Xw (TV1)

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *

WordPress Theme built by Shufflehound. © Copyright 2020, All Rights Reserved