Sekarang dah menjadi satu fenomena dimana banyak Startup wujud dengan pelbagai idea dan solusi mereka. Semua ini disebabkan banyak permintaan dan mereka ingin menyelesaikan masalah yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka ada idea, ada kepakaran teknikal, dan mereka ada tim yang mantap, tapi kebanyakkan mereka kekurangan modal untuk mereka memulakan Startup mereka.
.
Modal atau kewangan ini sangat diperlukan untuk mereka terus bertahan dipasaran disamping mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan. Maka, ramailah yang berjumpa mentor dan menghadiri acara yang mereka rasa mereka dapat berjumpa dengan bakal pelabur mereka. Tapi hakikatnya kebanyakkan dari mereka tidak tahu beberapa term dalam dunia pelaburan terutama untuk Startup. Mari saya kongsikan.

Saya percaya ada beberapa term yang kita selalu dengar seperti Equity Crowdfunding, Venture Capital, Angel Investor , tapi sebenarnya banyak lagi term yang ada dan jarang di implementasikan di Malaysia (mungkin?). Selalu yang popular kita dengar, “Syarikat A mendapat pelaburan series A sebanyak USD 1 Juta.”. Tapi apakah sebenarnya series dan seumpanya ini? Adakah kita boleh mendapat pelaburan/pembiayai seumpama ini untuk produk atau Startup kita? hmm…?
.
Baiklah, sebelum saya mengupas dengan lebih mendalam untuk beberapa term pada posting akan datang, saya ingin berkongsi asas yang perlu kita tahu dan faham.
.
1. Malaikat (Angle) – Pusingan pelaburan ini adalah pusingan yang kecil dan kebiasaannya adalah untuk Startup baru. Jumlah pembiayai antara 50,000 ke 300,000 bergantung pada keperluan. Pelabur ini terdiri dari individu pelabur, pelabur berkumpulan, keluarga dan kawan-kawan.
.
2. Pre-seed – Pusingan ini biasanya pusingan pra-institusi. Ini bermaksud Startup berkemungkinan tidak mendapat pelabur dari institusi ataupun mendapat pelabur dari institusi tetapi dalam jumlah yang terhad, anggaran 300k kebawah.
.
3. Seed – Pusingan ini antara pusingan pertama yang syarikat bakal terima. Kebiasaannya syarikat yang menerimanya adalah syarikat yang baru bermula dan mempunyai perancangan yang jelas dari segi penjanaan revenue dan traksi (Traction) – saya akan kupas dua perkara ini pada posting akan datang. Jumlah pembiayai adalah antara 50k – 3 juta. Pusingan seed ini kebiasaannya berlaku selepas pusingan malaikat (Angle) dan sebelum pusingan A (Round A).
.
4. Teroka (Venture) – Pusingan pembiayai dari teroka (Venture) ini adalah jenis pelaburan yang diterima dari modal teroka (Venture Capital) dan ia bakal menentukan siri pusingan pelaburan sama ada Siri A, siri B dan seterusnya. Jumlah pelaburan adalah bergantung kepada berapa banyak teroka ingin melaburkan wang mereka. Antara VC yang dikenali di Malaysia ialah PNB, Firstfloor Capital, Cradle, AXIATA Digital Innovation fund dan banyak lagi.
5. Siri A dan Siri B (Series A and Series B) – Pusingan pelaburan ini adalah pusingan syarikat pada peringkat awal, dimana jumlah pelaburan antara 1 juta sehingga 30 juta. Pada pusingan ini penekanan tentang penjanaan revenue dan traksi sangat penting.
.
6. Siri C dan seterusnya – Pusingan siri ini dan seterusnya menunjukkan syarikat terus berkembang dan stabil. Jumlah pelaburan adalah sehingga syarikat mampu mencapai status Unicorn (pelaburan melebihi 1 bilion). Contoh syarikat Malaysia yang sudah mencapai status unicorn ialah Grab (Sekarang dalam pelaburan Siri H).
.
7. Crowdfunding – Ini merupakan platform yang membantu individu atau syarikat Startup melabur kepada syarikat yang mereka minat dalam skala yang kecil. Crowdfunding bermaksud mengumpul sejumlah modal dari kumpulan orang yang ramai. Antara platform yang popular ialah PitchIN.my, EthisKapital.com, Skolafund.com dan banyak lagi.
.

8. Geran – Geran adalah pembiayai yang dapat melalui kerajaan atau dari syarikat. Jumlah pembiayai adalah bergantung pada bajet yang ada. Kebiasaan geran tidak perlu dipulangkan semula modal yang diberi, hanya perlu menghantar laporan dan kemaskini perkembangan syarikat. Antara geran yang popular Tunas Usahawan Belia Bumiputura (TUBE) SMECorp, BEEP SMECorp, Geran dari MDEC, MARA dan banyak lagi.
.
9. Loan – Loan adalah pinjaman pembiayai syarikat untuk permulaan dan perkembangan. Loan perlu dibayar semula mengikut pada persetujuan syarikat dengan badan peminjam. Badan peminjam terdiri dari kerajaan, bank, syarikat dan persendirian (Individu).
.
Disclaimer : Perkongsian saya ini merupakan pengetahuan peribadi saya. Terima kasih
Syahmi Sadan
Related posts
Bagaimana Cara Mengira Anggaran Pendapatan (Revenue)?
Pendapatan (Revenue) menjadi satu penanda aras sejauh mana syarikat permulaan (Startup) boleh bertahan. Makin banyak pendapatan yang dijana, makin lama syarikat…
Cara Mengukur Saiz Pasaran (Market Size) Mengikut Teori TOM, SAM, SOM
Saiz Pasaran (Market Size) – adalah salah satu elemen terpenting dalam menentukan sejauh mana sesuatu bisnes / produk boleh pergi selain…
Perjalanan 1 : Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi
Program Youth Co:Lab dibawah United Nations Development Programme (UNDP) dan City Foundation merupakan program untuk pitching idea inovasi syarikat permulaan secara…
Pembiayai Untuk Syarikat Permulaan? (Startup Funding)
Sekarang dah menjadi satu fenomena dimana banyak Startup wujud dengan pelbagai idea dan solusi mereka. Semua ini disebabkan banyak permintaan…
Perjalanan 1 : Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi
Program Youth Co:Lab dibawah United Nations Development Programme (UNDP) dan City Foundation merupakan program untuk pitching idea inovasi syarikat permulaan secara…