Business Model Canvas (BMC) – Merupakan satu ringkasan untuk menceritakan tentang perniagaan yang anda jalankan. Bermula daripada segmen pelanggan sehingga kepada kos yang bakal anda keluarkan, semuanya ada. BMC tidak sama dan tidak sedalam Rancangan Perniagaan (Business Plan) anda. Namun dengan BMC ini anda akan nampak sejauh mana perniagaan anda berjalan. Dengan ini juga memudahkan anda untuk pitching secara ringkas tentang perniagaan anda.
.
BMC mempunyai 9 blok didalamnya. Susunan blok adalah berbeza mengikut kepada mentor yang anda belajar. Ada mentor bermula sebelah kanan, ada sebelah kiri dan sebagainya. Untuk BMC edisi saya, saya akan berkongsi mengikut ilmu yang saya telah pelajari. Perlukah kita skip Rancangan Perniagaan(RP) setelah membuat BMC? Jawapanya Tidak! Anda mesti buat juga RP anda untuk menceritakan lebih dalam berkenaan perniagaan anda. Ok dah bersedia? Jom baca lagi pasal BMC…

Sebelum memulakan BMC, anda harus meletakkan tajuk perniagaan/produk anda. Saya berkongsikan tip bagaimana tajuk yang sesuai untuk anda letakkan. Antara tips tajuk yang sesuai ialah :
- Tajuk yang mudak difahami dan senang ingat
- Tajuk tidak terlalu panjang
- Sekali imbas tahu tentang perniagaan yang dijalankan
- Menunjukkan secara jelas sektor apa yang terlibat.
Mari kita tengok contoh :
- TheLorry – Lori merupakan sektor logistik dan kita tahu ia melibatkan pengangkutan.
- ZeptoExpress – Perkataan express kita boleh tahu melibatkan tentang penghantaran.
- FoodPanda – Perkataan Food melibatkan sektor pemakanan
Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang boleh diambil seperti Grab, BateriKu dan sebagainya. Ok, sudah tahu tajuk perniagaan anda? Jom kita kenali lebih mendalam berkenaan BMC. Terdapat 9 blok didalam BMC. Dalam kesemua blok, saya pecahkan kepada dua bahagian besar mengikut turutan iaitu :
BAHAGIAN A : NILAI = “Bahagian yang akan memastikan duit masuk”
1. Customer Segment | Segmen Pelanggan |
2. Value Proposition | Tawaran Nilai |
3. Channel | Saluran Agihan |
4. Customer Relationship | Perhubungan Pelanggan |
5. Revenue Stream | Aliran Pendapatan |
BAHAGIAN B : PENGURUSAN = “Bahagian dalam pengurusan kewangan”
6. Key Resiurces | Sumber Utama |
7. Key Activities | Aktiviti Utama |
8. Key Partners | Rakan Utama |
9. Cost Structure | Struktur Kos |
1. Segmen Pelanggan
Segmen Pelanggan adalah kumpulan pelanggan yang menggunakan atau memerlukan keperluan yang sama dalam penggunaan produk atau perkhidmatan. Untuk mendapatkan segmen pelanggan, anda perlu mengkaji beberapa faktor iaitu:
1. Demografi
2. Psikografi
3. Masalah spesifik pasaran sasaran
Saya akan menceritakan lebih mendalam berkenaan segmen pelanggan pada entri yang akan datang.
.
2. Tawaran Nilai
Tawaran nilai merupakan kelebihan berkenaan produk atau perkhidmatan kita. Antara tawaran nilai yang boleh menarik minat pelanggan adalah seperti berikut :
1. Nama pakej produk dan perkhidmatan
2. Penerangan ciri utama produk dan perkhidmatan
3. Manfaat yang diberikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan
4. Keunikan atau perbezaan manfaat kepada pelanggan
5. Teknologi dan inovasi yang kita tawarkan.
.
3. Saluran
Blok ini menceritakan tentang cara anda menyampaikan produk/perniagaan anda kepada segmen pelanggan anda. Terdapat 2 saluran utama, iaitu :
1. FIZIKAL / OFFLINE : yang dimaksudkan ialah seperti premis, outlet, rangkaian farmasi, agen, jurujual, peruncit, pengedar atau stokis.
2. DIGITAL / ONLINE : ialah seperti media sosial, website, blog, radio, tv
.
4. Perhubungan Pelanggan
Blok ini merupakan salah satu cara untuk menjadikan pelanggan anda setia dengan produk anda. Blok ini terbahagi kepada 5 fasa perhubungan (Funnel) :
1. TARIK – Cara tarik untuk pelanggan pertama
2. DAPAT – Cara dapatkan duit dari pelanggan
3. KHIDMAT – Khidmat selepas pelanggan membeli/gunakan produk anda
4. KEKAL – Memastikan pelanggan kekal gunakan produk anda
5. KEMBANG – Memastikan pelanggan menjadi agen kepada produk anda
Saya akan menerangkan lebih mendalam berkenaan Corong (Funnel) pada entri akan datang.
.
5. Aliran Pendapatan
Segmen ini menerangkan berapa banyak duit anda masuk, barang apa yang anda jual, dan berapa harga jualan anda.
Harga Per Unit X Unit Terjual Setahun = Jumlah Pendapatan
.
6. Sumber Utama
Sumber dan aset utama yang anda perlukan untuk melakukan semua aktiviti bagi menjalankan operasi perniagaan anda.
Sumber boleh jadi nyata atau tidak nyata, Sebagai contoh :
1. Fizikal = aset tetap seperti bangunan, kilang, premis kedai, kiosk, mesin, jentera, komputer, meja, kerusi, perabot, forklift, kenderaan,POS system
2. Intelektual = paten, hak cipta, database pelanggan, pendaftaran jenama, software.
3. Sumber manusia = kakitangan pengurusan dan pentadbiran,buruh kilang. Mereka hendaklah yang mempunyai pengalaman, pengetahuan & kemahiran. Kakitangan& rangkaian logistik dan pengedaran.
4. Wang (modal) = Modal tunai usahawan, pinjaman bank, modal daripada pelabur.
.
7. Aktiviti Utama
5 aktiviti utama yang terlibat ialah :
1. PENGELUARAN
2. PEMASARAN/JUALAN
3. PERHUBUNGAN PELANGGAN
4. PERAKAUNAN
5. IT DAN SUMBER MANUSIA
.
8. Rakan Utama
Meliputi rangkaian pembekal dan rakan-rakan atau pemegang saham yang melibatkan sumber dan aktiviti luar dalam melaksanakan aktiviti utama business model bagi membantu mengurangkan kos atau risiko dalam sesuatu pernigaan. Sebagai contoh :
1. Bank – memberi penjaman/loan
2. Pelabur – memberi duit untuk mengembangkan bisnes
3. LAZADA / SHOPEE – sebagai rakan online platform
4. Pos Laju – Rakan penghantaran
.
9. Struktur Kos
Semua kos yang terlibat dalam operasi bisnes anda. Kebanyakan kos akan datang daripada perkara-perkara yang dikenalpasti dalam blok Key Resources / Sumber Utama, Key Activities / Aktiviti Utama dan Key Partners / Rakan Utama.
.
Ok Selesai, saya ada berhutang 2 segmen untuk saya menceritakan lebih lanjut pada entri akan datang. Dibawah ini saya sertakan contoh satu BMC yang siap untuk rujukan. 🙂

Contoh BMC Airbnb
Syahmi Sadan
Related posts
2 Comments
Leave a Reply Cancel reply
Bagaimana Cara Mengira Anggaran Pendapatan (Revenue)?
Pendapatan (Revenue) menjadi satu penanda aras sejauh mana syarikat permulaan (Startup) boleh bertahan. Makin banyak pendapatan yang dijana, makin lama syarikat…
Cara Mengukur Saiz Pasaran (Market Size) Mengikut Teori TOM, SAM, SOM
Saiz Pasaran (Market Size) – adalah salah satu elemen terpenting dalam menentukan sejauh mana sesuatu bisnes / produk boleh pergi selain…
Perjalanan 1 : Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi
Program Youth Co:Lab dibawah United Nations Development Programme (UNDP) dan City Foundation merupakan program untuk pitching idea inovasi syarikat permulaan secara…
Pembiayai Untuk Syarikat Permulaan? (Startup Funding)
Sekarang dah menjadi satu fenomena dimana banyak Startup wujud dengan pelbagai idea dan solusi mereka. Semua ini disebabkan banyak permintaan…
Perjalanan 1 : Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi
Program Youth Co:Lab dibawah United Nations Development Programme (UNDP) dan City Foundation merupakan program untuk pitching idea inovasi syarikat permulaan secara…
Assalamualaikum saya tertarik. Saya dalam proses buat kajian tajuk bmc untuk.pelajar vokasional. Dalam silibus hanya belajar bmc . Bagaimana saya hendah match bmc dan rp .. supaya selari
Terima kasih berminat dengan posting saya. BMC hanyalah ringkasan kepada rancangan perniagaan (RP) sahaja. Dalam RP segala maklumat tentang perniagaan lebih lengkap dan jelas.