Trending News

Blog Post

ELEVATOR PITCH – PENGENALAN DAN KEYPOINT?
Business, Sharing

ELEVATOR PITCH – PENGENALAN DAN KEYPOINT? 

ELEVATOR PITCH – atau bahasa mudah pitch dalam lif. Apa yang korang faham tentang pitch dalam lif? ok baiklah.. Analoginya macamni, korang naik lif, tiba-tiba datang seorang wakil Insuran tegur anda. Dia kata “Abang, bagi saya 2 minit untuk saya terangkan produk insuran ini boleh?”. Maka anda yang didalam lif TERPAKSA dengar sebab tiada pilihan untuk keluar. Sementara menunggu lif berada di tingkat sepatutnya anda pon dengar salesman tadi menerangkan produk dia. Kemudian di akhir perbualan, salesman akan tanya “Macamana abang? berminat dengan produk saya?”. Waktu itu anda hanya ada dua jawapan sahaja, YA atau TIDAK!

Ya! itu lah ringkasan untuk elevator pitch! Kita mempunyai masa yang singkat untuk menerangkan tentang syarikat / produk kita. Jadi ada beberapa soalan, berapa lama sebenarnya masa untuk elevator pitch? apa pula teknik dan ‘keypoint’ untuk kita terangkan? Saya kongsikan ..


30-second mission statement”,  “one-sentence pitch”,  “elevator pitch”, atau “why choose me statement” merupakan term yang sama dimana ia digunakan untuk bertujuan penerangan tentang syarikat / produk dalam tempoh yang singkat. Mungkin ada sebahagian yang menggunakan term “why choose me statement” , mungkin ada term lain tetapi secara kasarnya sama sahaja.

.

Para startup mesti akan merasai pengalaman ‘Pitch’ dengan beberapa syarikat besar, ataupun dengan bakal pelabur anda. Apa yang korang perlu tahu, syarikat / pelabur ini mereka tak nak pun pitch yang panjang lebar, bunga-bunga. Just straight to the point je! Kesilapan ini yang selalu di amalkan oleh startup baru (termasuk saya!). Mereka jangka dengan pitch yang panjang lebar dan ayat berbunga-bunga dapat menarik bakal pelabur / syarikat kita untuk memilih kita. 

.

Elevator pitch tidak semestinya kita mesti berada didalam lif, apa yang penting adalah bagaimana kita manfaatkan penerangan kita dalam masa yang singkat. Jadi persoalan pertama saya, berapa lama sebenarnya masa untuk elevator pitch? Masa untuk elevator pitch ini tiada ketetapan pon, cuma biasanya masa yang akan digunakan antara 30 saat – 120 saat atau ‘lebih’ sikit dari itu. 30 saat? Nak cakap apa je? huh..!

.

Jika kita faham tentang bisnes ataupun produk kita, dalam tempoh 30 saat sudah memadaikan untuk kita terangkan kepada mereka. Persoalan kedua saya, apakah teknik dan ‘keypoint’ untuk kita pitch? Ok, bab ini penting kerana tak semua point point kita perlu cakap kepada syarikat / bakal pelabur kita. Keypoint yang akan saya kongsikan ini adalah sebagai rujukan sahaja, mungkin anda boleh membaca di blog lain berkenaan topik ini. 


Saya mengambil hanya beberapa point penting dalam elevator pitch, setiap point yang di ambil mewakili setiap tingkat. Ok kita pergi ke tingkat 1!zaazzzz…

.

TINGKAT 1 : WHO ARE YOU? 

Siapa anda yang bercakap di hadapan pendengar, adakah anda seorang CEO? atau seorang pekerja? atau anda adakah seorang pengasas syarikat / produk? Penting untuk anda mempekenalkan diri anda dihadapan bakal pelabur / syarikat besar agar mereka mengenali anda dan menunjukkan “First Impression” anda. Sedikit tips saya kongsikan untuk memperkenalkan siapa diri anda, dalam buku “The Ultimate Guide for Scaling, Sales, & Raising Capital”  ada bertanya, “Perlukah aku memanggil diriku sebagai seorang CEO? Pengasas syarikat?”. Jawapanya YA! walaupun hakikatnya anda adalah CEO kepada 5 orang Startup!.

.

Baiklah, apa jawapan yang sesuai untuk pertanyaan Siapa Diri Anda?. “Hi nama saya Syahmi Sadan, saya merupakan Co-Founder Syarikat ABC” – Contoh. Anda boleh bercerita lagi berkenaan siapa diri anda, tidak perlu sampai beritahu hobi dan cita-cita anda. 

.

TINGKAT 2 : WHAT DO YOU DO?

Apa sebenarnya yang anda buat? adakah anda menawarkan “Software As A Service” – SAAS? atau anda ada produk anda yang boleh memberi manfaat kepada orang? Point ini lebih kepada apakah sebenarnya yang anda buat / tawarkan. Contoh sebagai agen insuran, “Saya menjual polisi insuran dan merupakan agen insuran yang bertauliah!”.

.

TINGKAT 3 : WHAT MAKES YOU UNIQUE?

Apakah keunikkan yang anda tawarkan? atau apakah perbezaan produk anda berbanding produk lain? dalam term marketing dipanggil sebagai “Unique Selling Point (USP)”. USP penting untuk menunjukkan kekuatan produk anda walaupun anda tahu produk yang sama sememangnya berada di pasaran. Contoh, apakah berbezaan Lazada? Shopee? PrestoMall (Dikenali sebagai 11Street)? Secara kasarnya ketiga-tiga produk merupakan produk ecommerce, namun USP untuk setiap satu adalah berbeza! Anda boleh buat kaji dan study USP mereka.

.

TINGKAT 4 : HOW YOU DO IT AND WHO IT MAY AFFECT?

Pada point ini lebih ditekankan kepada bagaimana untuk anda lakukan dan siapa yang akan gunakan perkhidmatan / produk anda? Contoh, “Syarikat saya ada menyediakan insuran yang murah, para pelanggan hanya perlu online sahaja.!”. Pastikan highligt pada kelebihan yang ada pada produk / syarikat anda, contoh “murah”, “cepat”, “senang pakai” dan banyak lagi.

.

Ini sahaja secara ringkas untuk perkongsian berkenaan Elevator Pitch. Anda boleh merujuk banyak blog berkenaan topik yang sama, dan setiap keypoint ada berbeza. 

Selamat Membaca!

Next

ELEVATOR PITCH - PENGENALAN DAN KEYPOINT?

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *

WordPress Theme built by Shufflehound. © Copyright 2020, All Rights Reserved