Trending News

Blog Post

Cara Mengukur Saiz Pasaran (Market Size) Mengikut Teori TOM, SAM, SOM
Business, Sharing

Cara Mengukur Saiz Pasaran (Market Size) Mengikut Teori TOM, SAM, SOM 

Saiz Pasaran (Market Size) – adalah salah satu elemen terpenting dalam menentukan sejauh mana sesuatu bisnes / produk boleh pergi selain menumpukan pada bisnes model. Dengan adanya target pasaran dan jumlah pasaran yang dianggarkan, maka senang untuk kita menilai sejauh mana pendapatan / revenue produk dan bisnes tersebut. Jadi sebagai persoalan, bagaimanakah caranya untuk mengukur saiz pasaran pada peringkat awal? dan bagaimanakah caranya untuk mengukur anggaran pendapatan yang boleh di jana?

.

Teori TOM, SAM, SOM merupakan salah satu teori yang popular untuk mengukur saiz pasaran. Malah, teori ini juga sering digunakan dalam Pitching  dan Presentation terutama untuk mendapat pelabur. Dengan adanya teori ini, maka pelabur akan lebih yakin untuk melabur. Selain itu, secara automatiknya juga kita akan tahu segment pelanggan kita dengan berpandukan teori ini. Ok jom baca lagi!


Kita kenali lebih detail apakah sebenarnya TOM, SAM, SOM ini :

TOM (Total Available Market) – Bermaksud Jumlah Pasaran Tersedia iaitu jumlah keseluruhan permintaan pasaran yang sudah wujud. 

Sebagai contoh kita ingin membuat satu platform e-hailing seperti Uber dan Grab. Kita sedia maklum bahawa di Asia sahaja pelbagai platform e-hailing wujud. Jadi, anggaran jumlah pasaran tersedia di Asia untuk perkidmatan e-hailing adalah sebanyak 100 juta (rujuk sebagai pelanggan). Secara logik bolehkah kita terus menembusi pasaran Asia iaitu sebanyak 100 juta? Sudah semestinya tidak! 

.

Jika ini yang kita tunjuk pada pelabur, maka sudah tentu mereka akan lari atau tidak berminat untuk melabur kerana ianya sesuatu yang tidak logik. TAM boleh di gunakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan pasaran sebelum kita pergi kepada lebih mendalam. 

.

SAM (Serviceable Available Market) – Bermaksud Pasaran Yang Tersedia Yang Boleh Diterima ataupun dikira sebagai pasaran yang berada dalam geografi sedarhana.

Secara mudahnya, jika platform e-hailing tadi kita target pada peringkat Asia, jadi kita kecilkan target pada pasaran dalam Malaysia sahaja. Untuk pengetahuan umum, e-hailing di Malaysia sahaja ada lebih kurang 50 platform! (rujukan disini). Kita anggarkan pasaran e-hailing dalam Malaysia adalah sebanyak 10 juta. Sekali lagi, adakah logik untuk kita terus dapat saiz pasaran sebesar 10 juta? owh memang tidak! Untuk tempoh 1 – 3 tahun sememangnya tidak logik untuk saiz itu.

.

SOM (Serviceable Obtainable Market/Share of Market) – Bermaksud Pasaran Boleh Diperoleh yang Boleh Dipakai ataupun sebahagian daripada SAM yang telah dikenalpasti. 

Jika tadi kita telah target Malaysia adalah sebagai SAM, maka kita kecilkan lagi target kepada kawasan / negeri, sebagai contoh target pasaran kita adalah Selangor. Dengan bantuan google, kita dapati pasaran di negeri Selangor adalah sebanyak 5 juta. Jadi bagaimanakah untuk kita mengira saiz pasaran dengan SOM ini? Senang sahaja! Kita ambil hanya 10% dari jumlah pasaran SOM iaitu 500 ribu. 

.

Dengan kiraan ini, maka logik untuk kita buat anggaran dan target market untuk produk baru kita. Untuk tahun pertama hingga ketiga, kita anggarkan sebanyak 500 ribu pelanggan akan kita dapat dengan menggunakan marketing yang berkesan. Jadi, angka ini sangat logik untuk kita target dan membuat anggaran berapakah pendapatan kita dari teori ini.

.

Bagaimana pula cara ingin mengira anggaran jumlah pendapatan / revenue? Boleh baca pada entry seterusnya!

Contoh TAM,SAM, SOM untuk AirBnB

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *

WordPress Theme built by Shufflehound. © Copyright 2020, All Rights Reserved