Pendapatan (Revenue) menjadi satu penanda aras sejauh mana syarikat permulaan (Startup) boleh bertahan. Makin banyak pendapatan yang dijana, makin lama syarikat boleh bertahan. Revenue juga sangat berkait rapat dengan model bisnes yang dibangunkan. Income dan Revenue adalah dua perkara yang sangat berbeza walaupun membawa makna yang sama.
.
Revenue adalah pendapatan yang dijana hasil dari penjualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh Syarikat A menjual produk kesihatan. Harga 1 produk adalah RM 100. Seramai 100 orang telah membeli produk. Jadi secara kasar revenue yang telah dijana sebanyak RM 10,000 (100 orang pelanggan * harga 1 unit produk). Mari kita kira anggaran revenue berdasarkan kiraan teori TOM,SAM,SOM.

Pada entry yang lepas telah diajar cara mengira saiz pasaran menggunakan TOM,SAM dan SOM. Kita telah melihat bahawa anggaran sebanyak 500 ribu saiz pasaran yang sedia ada untuk kita tembusi. Melalui jumlah tersebut, kita boleh kira anggaran berapa banyak revenue yang boleh dijana melalui saiz pasaran tersebut.
.
CARA MENGUKUR SAIZ PASARAN (MARKET SIZE) MENGIKUT TEORI TOM, SAM, SOM
.
Formula untuk mengira revenue adalah :
REVENUE = QUANTITI * HARGA
.
Jika kita merupakan syarikat yang baru bermula, kita perlu mengira anggaran secara logik iaitu berperingkat. Dari saiz pasaran yang sudah kita kira adalah sebanyak 500 ribu, jadi :
- Tahun pertama kita anggarkan sebanyak 5% jumlah pasaran iaitu 25 ribu. Anggaran purata harga adalah RM 10. Revenue untuk tahun pertama adalah sebanyak RM 250,000.
- Tahun kedua kita anggarkan kenaikkan sebanyak 5% lagi dan jumlah revenue akan menjadi dua kali ganda iaitu sebanyak RM 500,000.
- Sebaiknya kita perlu membuat anggaran untuk 4 tahun pertama.
.
Dengan menggunakan angka dan nombor-nombor ini sudah tentu bakal pelabur akan tertarik dan dengan pelaburan yang dilaburkan. Syarikat boleh menaikkan revenue dengan membesarkan saiz pasaran.

Bagaimana Cara Mengira Anggaran Pendapatan (Revenue)?
Syahmi Sadan
Related posts
Bagaimana Cara Mengira Anggaran Pendapatan (Revenue)?
Pendapatan (Revenue) menjadi satu penanda aras sejauh mana syarikat permulaan (Startup) boleh bertahan. Makin banyak pendapatan yang dijana, makin lama syarikat…
Cara Mengukur Saiz Pasaran (Market Size) Mengikut Teori TOM, SAM, SOM
Saiz Pasaran (Market Size) – adalah salah satu elemen terpenting dalam menentukan sejauh mana sesuatu bisnes / produk boleh pergi selain…
Perjalanan 1 : Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi
Program Youth Co:Lab dibawah United Nations Development Programme (UNDP) dan City Foundation merupakan program untuk pitching idea inovasi syarikat permulaan secara…
Pembiayai Untuk Syarikat Permulaan? (Startup Funding)
Sekarang dah menjadi satu fenomena dimana banyak Startup wujud dengan pelbagai idea dan solusi mereka. Semua ini disebabkan banyak permintaan…
Perjalanan 1 : Pemilihan Peserta Co:Lab dan Pitching Idea Inovasi
Program Youth Co:Lab dibawah United Nations Development Programme (UNDP) dan City Foundation merupakan program untuk pitching idea inovasi syarikat permulaan secara…